artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

TMJ dakwa Kerajaan Persekutuan yang ‘bocorkan’ Johor

TMJ dakwa Kerajaan Persekutuan yang ‘bocorkan’ Johor
Gambar https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bertitah agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan sebahagian hasil dikutip daripada negeri ini, secara lebih munasabah bagi membolehkan pembangunan Johor dan kebajikan rakyatnya dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Baginda bertitah, Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, titah baginda, hanya sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion dipulangkan semula kepada negeri ini bagi memenuhi keperluan hampir lima juta penduduk.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian pada satu sesi bersama rakyat Johor, hari ini, sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dilapor menyifatkan Johor sebagai negeri kaya tetapi berdepan masalah ‘kebocoran’.

“Sahabat saya, Perdana Menteri, baru-baru ini membuat satu kenyataan mengatakan Johor ini negeri kaya tetapi banyak ‘bocor’.

“Ya, memang banyak ‘bocor’. Kerajaan Persekutuan yang ‘bocorkan’ Johor,” titah baginda, memetik laporan BH Online.

Malah, Tunku Mahkota Ismail bertitah, keadaan itu menyebabkan banyak keperluan asas rakyat Johor terpaksa menunggu kelulusan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, termasuk kerja membaiki sekolah, menaik taraf hospital serta membaik pulih jalan raya.

“Apabila kita memberi hasil negeri kita lebih RM40 bilion setahun dan dipulangkan hanya RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk menjaga 4.9 juta rakyat Johor, bagaimana? Benda itu tidak logik,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda berpandangan sekurang-kurang 25 hingga 30 peratus hasil dikutip daripada Johor, wajar dikembalikan kepada negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dan kebajikan rakyat dilaksanakan.

Tunku Mahkota Ismail turut membangkitkan isu kelewatan beberapa projek kesihatan utama di negeri ini, termasuk Hospital Pasir Gudang, selain masalah kekurangan doktor dan petugas kesihatan serta kelulusan Hospital Sultanah Aminah 2 yang masih belum dimuktamadkan.

Baginda bertitah, Hospital Pasir Gudang pernah berdepan risiko pembatalan sebelum baginda secara konsisten mendesak selama empat tahun bagi memastikan projek itu diteruskan demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, titah baginda, hospital itu masih beroperasi dengan kekurangan doktor dan kakitangan sehingga menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

“Siapa yang susah? Rakyat yang susah atau orang atasan yang susah? Rakyat yang susah,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail menekankan bahawa kelewatan beberapa projek penting itu ialah antara faktor yang mengekang pembangunan Johor walaupun negeri ini memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

Justeru, baginda menegaskan tuntutan supaya lebih banyak hasil negeri dikembalikan itu bukan bertujuan mewujudkan konflik dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya bagi memastikan kebajikan rakyat Johor terus terbela serta pembangunan negeri dapat dipercepatkan.

“Kita bukan mahu bermusuh, berdepan dengan sesiapa, atau memberi masalah kepada kerajaan yang mentadbir negara.

“Tetapi mereka kena menjaga kita sebagai rakan. Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengambil serius kehidupan rakyat Johor, kesejahteraan rakyat dan pembangunan Johor,” titah baginda. – AGENSI