Ombak Kitchen perluas konsep, lancar menu baharu & Ramadan Preview 2026
PUTRAJAYA, 6 Feb – Ombak Kitchen melancarkan menu baharu berinspirasikan hidangan laut gaya Barat serta memperkenalkan Ramadan Preview 2026 dalam satu majlis khas di IOI City Mall, hari ini, sekali gus menandakan fasa baharu perkembangan jenama restoran itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Ombak Kitchen, Sharita Loo, berkata penawaran terbaharu itu memberi penekanan kepada makanan laut segar berkualiti premium yang disajikan dengan perisa Barat lebih berani dan kaya, sejajar dengan selera pengguna moden.

Antara menu utama yang diperkenalkan termasuk Seafood Boiled bersama Ombak Signature Cajun Sauce, rangkaian hidangan à la carte, pilihan lobster yang diperluas, menu ikan baharu, serta hidangan premium seperti Alaskan King Crab Leg dan Whole King Crab.
Restoran itu turut memperkenalkan konsep Build Your Own Bucket, yang membolehkan pelanggan mencipta kombinasi hidangan laut mengikut cita rasa sendiri.
Berbeza dengan konsep set kombo sebelum ini, menu baharu menawarkan fleksibiliti lebih luas termasuk menu kanak-kanak menerusi inisiatif Kids Eat for Free, selain sesuai untuk jamuan santai dan keraian istimewa, tanpa mengabaikan identiti Ombak Kitchen sebagai restoran mesra keluarga bertaraf premium.
Seiring pelancaran itu, Ombak Kitchen turut memperkenalkan Ramadan Preview 2026 bertemakan “Tradisi Berbuka, Nikmat Semeja” yang menggabungkan masakan Melayu tradisional dengan sentuhan moden.
Bagi tempoh Ramadan dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, tiga kombo berbuka puasa ditawarkan iaitu Kombo LEKIR (RM89), Kombo JEBAT (RM109) dan Kombo TUAH (RM129). Antara hidangan premium termasuk Signature Seafood Boil, Singapore Chilli Live Crab, Signature Roasted Lamb dan Canadian Lobster Thermidor, selain free flow oyster, bufet pembuka selera, pencuci mulut serta minuman.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Ombak Kitchen, Sharita Loo. Acara diserikan dengan gimik Signature Rainbow Dessert sebagai simbol pembaharuan sebelum Ketua Chef Ombak Kitchen, Chef Izwan, mempersembahkan menu baharu secara rasmi.
Ombak Kitchen kini beroperasi di IOI City Mall, Bukit Jelutong, Bangsar dan Setapak. – MADANI NEWS
