artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Semua aliran sekolah wajib ambil Bahasa Melayu, Sejarah Malaysia – Anwar | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Semua aliran sekolah wajib ambil Bahasa Melayu, Sejarah Malaysia – Anwar

Semua aliran sekolah wajib ambil Bahasa Melayu, Sejarah Malaysia – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di PICC, Putrajaya. 20 Januari 2026. SHAHNAZ FAZLIE/Pejabat Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Semua pelajar daripada pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah yang menawarkan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pendekatan itu akan menamatkan polemik berhubung laluan pelajar dari aliran berkenaan ke institusi pendidikan tinggi.

“Kita terima baik asalkan syarat ini diterima,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Menurut Anwar, majoriti rakyat bersetuju mengenai keperluan penguasaan bahasa kebangsaan dan kerajaan kini memberi tumpuan kepada penyeragaman serta pemerkasaan pelaksanaannya.

“Negara ini telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Penguasaannya bukan sekadar boleh bertutur, tetapi perlu dipertingkatkan sebagai bahasa lingua franca dan bahasa ilmu.

“Oleh itu, kurikulum bahasa di sekolah dan universiti perlu diperkukuhkan seiring tuntutan masa,” katanya.

Beliau menegaskan mulai sekarang, semua sistem pendidikan dalam negara wajib menetapkan Bahasa Melayu mengikut kurikulum Kementerian Pendidikan, termasuk sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Anwar turut memaklumkan bahawa ramai pelajar daripada sekolah agama dan sekolah yang menawarkan UEC telah pun menduduki SPM, termasuk subjek Bahasa Melayu.

“Apabila kita perkenalkan pembakuan, maksudnya penyeragaman dan peningkatan mutu penguasaannya,” jelas beliau.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata pendekatan berkenaan bersifat menyeluruh dan melibatkan keseluruhan ekosistem pendidikan negara, termasuk institusi di luar sistem pendidikan nasional.

“Pendekatan ini diambil supaya isu pendidikan tidak dilihat dari sudut satu kaum atau satu aliran sahaja, sebaliknya mencari penyelesaian yang lebih komprehensif dan adil,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Beliau memaklumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

“Semua sistem pendidikan yang sebelum ini tidak berteraskan pendidikan nasional perlu memenuhi kriteria ditetapkan terlebih dahulu, iaitu pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia, sebelum pengambilan pelajar ke universiti awam dapat dipertimbangkan,” katanya. – MADANI NEWS