artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Iktiraf bahasa Inggeris, UEC? - "Apa-apa pun tuntutan perlu utamakan bahasa Melayu", kata PM | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Iktiraf bahasa Inggeris, UEC? – “Apa-apa pun tuntutan perlu utamakan bahasa Melayu”, kata PM

Iktiraf bahasa Inggeris, UEC? – “Apa-apa pun tuntutan perlu utamakan bahasa Melayu”, kata PM

SEBARANG tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam perlembagaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai perdana menteri, katanya, prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan bahasa Melayu akan terus didukung dan dipertahankan.

“Kebelakangan ini ada suara pelbagai tuntutan soal bahasa, ada yang nak tekankan bahasa Inggeris, ada yang nak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Saya nak jelaskan begini – ini Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan siapa pun dalam percubaan mereka untuk membawa mesej sesuatu bahasa, mesti ingat bahawa bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu yang dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Yang itu kita noktahkan, jelaskan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur al-Hidayah, Kuah, di sini hari ini.

Dia yang juga menteri kewangan berkata martabat bahasa Melayu harus diangkat sesuai dengan kedudukannya dalam perlembagaan negara, malah penguasaannya mesti dimantapkan dalam kalangan rakyat.

Menurut Anwar sekiranya prinsip dan soal itu telah dilakukan, baharulah cadangan bagi memantapkan penguasaan bahasa lain dan pengiktirafan terhadap UEC boleh dikemukakan.

“Kalau ini dah jelas, nak bangkitkan soal keperluan peningkatan penggunaan bahasa Inggeris, saya setuju.

“Tapi bahasa Melayu, bahasa bidang teknologi baru, bahasa AI (kecerdasan buatan), bahasa untuk bahasa ilmu, itu mesti dimantapkan dan penguasaan bahasa itu harus baik dalam kalangan semua rakyat.

“Semua aliran… saya tak kira Cina, Tamil, Inggeris mesti menguasai bahasa Melayu dan ini juga syarat yang kita kenakan untuk sekolah-sekolah antarabangsa… dia boleh menggunakan perantaraan bahasa Inggeris tapi mesti lulus dan menguasai bahasa Melayu,” katanya.

Anwar menegaskan sebarang cadangan yang menjurus kepada satu bahasa atau satu kaum serta meninggalkan perbincangan soal bahasa utama negara dilihat akan membawa kepada masalah.

Justeru, perdana menteri mengingatkan mana-mana pihak yang mengemukakan cadangan dalam perkara berkaitan bahasa haruslah mematuhi prinsip perlembagaan dengan keutamaan ialah penguasaan bahasa Melayu.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming dilapor sebagai berkata parti itu akan berjumpa dengan Anwar berhubung pengiktirafan UEC. – BERNAMA