FELDA tegaskan rundingan dengan Kerajaan Terengganu berjalan baik, konstruktif | Madani News

FELDA tegaskan rundingan dengan Kerajaan Terengganu berjalan baik, konstruktif

FELDA tegaskan rundingan dengan Kerajaan Terengganu berjalan baik, konstruktif

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menegaskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung isu melibatkan kepentingan aset dan perkongsian keuntungan masih berjalan secara baik dan konstruktif.

Menurut FELDA, beberapa siri rundingan rasmi telah diadakan bersama kerajaan negeri bagi mencari penyelesaian terbaik yang berpaksikan semangat kerjasama dan saling menghormati.

“Sebarang cadangan melibatkan perkongsian keuntungan atau penstrukturan semula pegangan aset hanya akan diputuskan selepas dibentangkan serta mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkaitan, selaras dengan proses kelulusan dan tatacara yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.

Tambah FELDA, dalam mesyuarat terakhir bertarikh 2 Oktober lalu, kedua-dua pihak bersetuju memberi tempoh 40 hari untuk memuktamadkan rundingan secara konstruktif. – MADANI NEWS