artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Gaji guru PASTI rendah tapi ada imbuhan, kerja 4 jam, kata Ahli Parlimen Bachok | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Gaji guru PASTI rendah tapi ada imbuhan, kerja 4 jam, kata Ahli Parlimen Bachok

Gaji guru PASTI rendah tapi ada imbuhan, kerja 4 jam, kata Ahli Parlimen Bachok

AHLI Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman hari ini menjelaskan,  walaupun gaji guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah kendalian Pas rendah namun ada imbuhan lain diberikan antaranya tugas mengajar Iqra.

 Katanya, gaji guru tersebut dikatakan rendah atas sebab mereka bekerja empat jam dan ia ditampung oleh imbuhan tersebut.

“Cuma saya nak perbetulkan sikitlah gaji guru PASTI yang dikatakan rendah atas sebab sukarela. Mereka bekerja empat jam, amat singkat dan sebenarnya banyak PASTI tampung dengan imbuhan lain seperti Iqra dan seumpamanya.

“Cuma adakah Yang Berhormat Setiawangsa (Nik Nazmi Nik Ahmad) setuju bahawa apabila PASTI ini tidak menggunakan dana cukai rakyat berbanding Kemas, prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga Tabika Perpaduan, ia membantu mengurangkan beban fiskal di pihak kerajaan tanpa menggunakan duit cukai rakyat,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah bagi membalas hujah Nik Azmi yang ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) membangkitkan mengenai kadar gaji PASTI yang dibayar antara RM600 hingga RM700 sebulan bukan saja tidak menepati perintah gaji minimum, malah turut melanggar Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.

Ketika menyertai sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini, Nik Nazmi meminta perkara itu diberi perhatian, mengambil kira banyak aduan daripada guru yang mengajar di PASTI.

Beliau berkata, mengikut statistik terbaru pada 2024, terdapat 2,497 PASTI di seluruh negara membabitkan 9,979 guru dan 125,065 pelajar.

“Satu lagi cabaran yang dihadapi ramai, khususnya orang Melayu di luar sana ialah soal kemudahan PASTI yang dikelolakan Pas.

“Tidak ada masalah bagi saya untuk sesiapa menghadiri mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dan mengikut undang-undang negara, namun kita terima banyak aduan termasuk daripada guru sendiri soal penggajian yang diberikan iaitu sekitar RM600 ataupun RM700 atas alasan bahawa mereka (berkhidmat) sukarela dan bukannya pekerja.

“Sedangkan ini jelas satu pelanggaran Akta Majlis Perundingan Gaji Negara. Kalau nak pakai alasan sukarela, semua syarikat akan sebut pekerja mereka adalah sukarela dan tidak tertakluk di bawah perintah gaji minimum. Tidak ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan lain-lain,” katanya.