artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
BNM semak semula unjuran KDNK 2025 pada 4.0-4.8 peratus daripada 4.5-5.5 peratus | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

BNM semak semula unjuran KDNK 2025 pada 4.0-4.8 peratus daripada 4.5-5.5 peratus

BNM semak semula unjuran KDNK 2025 pada 4.0-4.8 peratus daripada 4.5-5.5 peratus

BANK Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

Menerusi kenyataannya hari ini, bank pusat itu berkata unjuran pertumbuhan terkini mengambil kira senario tarif yang pelbagai, merangkumi senario kemungkinan kenaikan tarif yang berterusan serta hasil rundingan perdagangan yang lebih menggalakkan.

Unjuran itu akan terus bergantung pada ketidakpastian ekonomi global, sama ada pertumbuhan menjadi perlahan atau pesat.

“Hasil rundingan perdagangan menggalakkan, dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju, permintaan berterusan terhadap barangan elektrik dan elektronik serta aktiviti pelancongan yang giat boleh meningkatkan prospek eksport dan pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun menghadapi ketidakpastian global, sebahagiannya disebabkan oleh pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.

“Kegiatan ekonomi yang terus kukuh serta inflasi yang sederhana menyediakan persekitaran yang menyokong bagi meneruskan pembaharuan struktur untuk membentuk Malaysia yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing pada masa hadapan,” katanya.

Menurut BNM, inflasi keseluruhan diunjurkan kekal sederhana dengan purata 1.5 peratus hingga 2.3 peratus pada 2025.

“Tekanan inflasi daripada harga komoditi global dijangka kekal terhad dan menyumbang kepada keadaan kos dalam negeri yang sederhana. Dalam persekitaran ini, kesan langkah-langkah dasar dalam negeri dijangka kekal terkawal,” katanya.

Selain itu, bank pusat itu berkata landskap ekonomi global telah berubah dengan ketara sejak pengumuman unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 dalam Tinjauan Ekonomi dan Monetari BNM pada Mac 2025.

Prospek pertumbuhan global, kata BNM, terkesan oleh perubahan dasar perdagangan dan ketidakpastian berkaitan perkembangan tarif serta ketegangan geopolitik.

“Sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, prospek pertumbuhan Malaysia akan dipengaruhi oleh perkembangan ini. Malaysia mempunyai kelebihan kerana ekonomi negara menghadapi rintangan luaran ini dari kedudukan yang kukuh.

“Penunjuk terkini, termasuk anggaran awal bagi pertumbuhan suku kedua, terus menunjukkan kegiatan ekonomi yang masih kukuh. Permintaan dalam negera kekal berdaya tahan dan akan terus menyokong pertumbuhan pada masa hadapan,” katanya.

BNM berkata, keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, khususnya dalam sektor berorientasikan dalam negeri, serta langkah-langkah dasar akan terus menyokong penggunaan swasta.

Selain itu, pengembangan dalam aktiviti pelaburan akan diteruskan oleh kemajuan dalam projek infrastruktur berbilang tahun, lebih banyak pelaksanaan pelaburan secara berterusan yang telah diluluskan dan pelbagai inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk nasional, kata bank pusat itu.

  • BERNAMA