Pengarah AADK arah serbuan kelab malam di waktu siang diarah rujuk kepada pihak tataertib | Madani News

Pengarah AADK arah serbuan kelab malam di waktu siang diarah rujuk kepada pihak tataertib

Pengarah AADK arah serbuan kelab malam di waktu siang diarah rujuk kepada pihak tataertib

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memutuskan untuk merujuk syor hukuman Pengarah Agensi Penguatkuasaan Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) AADK.

EIAC dalam kenyataan memaklumkan ini berikutan aduan terhadap pengarah itu yang dikatakan mengeluarkan arahan menjalankan operasi serbuan ke atas sebuah kelab malam pada waktu siang sedangkan aduan diterima berkaitan aktiviti jenayah berlaku pada malam.

“Operasi serbuan ke atas kelab malam itu juga dikatakan dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Ibu Pejabat AADK,” menurut kenyataan itu hari ini.

EIAC berkata siasatan mendapati pengarah negeri gagal memberi arahan tepat kepada pegawai AADK dan ingkar perintah kerana tidak mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan, seperti dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan: Operasi Tempat Hiburan. -BERNAMA