artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Tengku Zafrul calon pilihan teraju BAM, ganti Norza yang lepas jawatan | Madani News

Tengku Zafrul calon pilihan teraju BAM, ganti Norza yang lepas jawatan

Tengku Zafrul calon pilihan teraju BAM, ganti Norza yang lepas jawatan

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dalam proses peralihan kepimpinan apabila majoriti ahli lembaganya mencapai kesepakatan mencalonkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz sebagai presiden bagi penggal 2025-2029.

Pemangku Presiden BAM, V Subramaniam, ketika mengumumkan perkara itu berkata kepimpinan yang kukuh dan stabil penting demi memajukan persatuan berkenaan.

“Mengambil kira apa yang terbaik untuk BAM, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa majoriti ahli majlis BAM telah mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul bagi jawatan presiden dalam pemilihan BAM akan datang,” katanya dalam sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Subramaniam berkata, Tengku Zafrul sudah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat dan bersetuju dengan pencalonan tersebut.

“Saya telah berkhidmat dalam arena badminton sejak 1988. Saya bukan orang baharu dalam bidang inikan? Saya mahu melihat BAM berkembang, bukan individu. Jadi, apabila melihat gambaran lebih besar, kami melihatnya dengan sangat teliti.”

“Hanya orang tepat seharusnya memimpin BAM. Kami ada di sini dan akan terus memberi bantuan. Jadi, ini bukan soal kepentingan individu. Oleh itu, bagi tujuan tersebut, saya rasa Tengku Zafrul adalah calon yang sesuai untuk menjadi Presiden dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Subramaniam memaklumkan pemilihan dijangka berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 10 Mei depan.

“Setakat ini, belum ada pencalonan rasmi dibuat. Kita akan tunggu hingga hari AGM dan jika ada nama lain dikemukakan, kita akan teliti perkara itu. Namun, majoriti ahli majlis telah menyatakan persetujuan secara sebulat suara.

“Kami mahukan presiden yang mempunyai pengalaman luas dan dan dikenali, sebagai korporat, mungkin sekarang sebagai Menteri dan mungkin akan bersara tidak lama lagi. Jadi, pengalaman macam ini perlu untuk BAM,” katanya sambil menambah BAM bukan tempat untuk berpolitik kerana mereka sangat komited terhadap industri sukan.

Sebelum ini, Tengku Zafrul hampir dilantik sebagai presiden BAM bagi menggantikan Norza Zakaria yang mahu melepaskan jawatannya awal tahun lepas, namun Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meminta Norza mempertimbangkan untuk kekal hingga tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebaik tamat temasya di Paris, BAM memutuskan untuk melantik Subramaniam sebagai pemangku presiden hingga AGM berlangsung Mei depan. – BERNAMA