artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Pemandu e-hailing diseru boikot Grab Jumaat ini, tuntut kebajikan lebih baik | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Pemandu e-hailing diseru boikot Grab Jumaat ini, tuntut kebajikan lebih baik

Pemandu e-hailing diseru boikot Grab Jumaat ini, tuntut kebajikan lebih baik

SATU gerakan boikot melibatkan pemandu e-hailing dijangka berlangsung pada Jumaat ini apabila sekumpulan pemandu menyeru rakan-rakan mereka menutup aplikasi Grab sebagai tanda protes terhadap isu kebajikan dan layanan yang didakwa semakin menekan golongan pemandu.

Seruan yang tular menerusi media sosial itu mengajak para pemandu Grab untuk mematikan aplikasi Grab pada 22 Mei 2026 dan beralih sementara kepada platform e-hailing lain seperti Bolt, inDrive, Maxim serta AirAsia Ride.

ANTARA pemandu e-hailing menyertai perhimpunan aman di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Poster kempen tersebut membawa slogan “Ayuh Bersatu Untuk Keadilan Pemandu” dengan dakwaan bahawa ramai pemandu kini berdepan tekanan kos operasi, kadar tambang yang tidak memadai serta potongan komisen yang dianggap membebankan.

“Grab ini memang kejamlah. Tindakan terbaru mereka ialah dengan membatalkan kemudahan MD (My Destination) yang merupakan antara kemudahan yang memberikan sedikit kelebihan kepada pemandu ketika berkhidmat,” kata seorang pemandu wanita.

Menurut beberapa pemandu lain yang menyokong gerakan itu, tindakan boikot berkenaan bertujuan memberi mesej jelas kepada syarikat penyedia platform bahawa nasib dan kebajikan pemandu tidak boleh dipandang ringan.

Mereka mendakwa pendapatan sebenar pemandu semakin terjejas akibat peningkatan kos petrol, penyelenggaraan kenderaan dan persaingan yang tinggi, sedangkan kadar tambang dilihat tidak meningkat secara seimbang.

“Ramai driver bekerja lebih 10 hingga 12 jam sehari tetapi pendapatan bersih semakin kecil. Kami mahu keadilan dan sistem yang lebih adil untuk semua pemandu,” kata seorang pemandu e-hailing sepenuh masa yang enggan dikenali.

Poster sama turut menggalakkan pemandu mengaktifkan aplikasi pesaing bagi menunjukkan bahawa pemandu mempunyai pilihan selain bergantung kepada satu platform sahaja.

Gerakan itu dijangka mendapat perhatian ramai memandangkan industri e-hailing kini menjadi sumber pendapatan utama dan sampingan kepada ribuan rakyat Malaysia, termasuk mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Grab Malaysia berhubung seruan boikot tersebut.

Pemerhati industri berpandangan, jika sambutan terhadap boikot itu tinggi, ia berpotensi memberi kesan kepada operasi perkhidmatan terutama pada waktu puncak hari bekerja.

Dalam masa sama, pengguna perkhidmatan e-hailing dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal pada Jumaat ini sekiranya berlaku kekurangan pemandu di beberapa lokasi tertentu.

Sebelum ini, kira-kira 100 pemandu e-hailing telah menyertai perarakan aman di pusat bandaraya Kuala Lumpur sebagai simbolik kebangkitan kumpulan itu yang kini dilihat semakin berani menuntut hak asasi mereka di tengah-tengah himpitan kos sara hidup.

“Kami mahu kerajaan segera menetapkan kadar tambang minimum. Operator e-hailing mengaut keuntungan besar, tetapi pemandu yang berpanas hujan di jalanan hanya mendapat saki-baki yang tidak mencukupi untuk menyuap mulut keluarga.

“Masalah ini menjadi semakin kronik apabila keputusan-keputusan penting yang melibatkan periuk nasi kami diserahkan kepada ‘si tolol’ yang langsung tidak faham realiti sebenar di lapangan,” tegas kumpuan pemandu itu. – MADANI NEWS