artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
2,772 pelajar UPSI terima bantuan tunai GRS/SUBFLY Kerajaan Sabah | Madani News

2,772 pelajar UPSI terima bantuan tunai GRS/SUBFLY Kerajaan Sabah

2,772 pelajar UPSI terima bantuan tunai GRS/SUBFLY Kerajaan Sabah
Hajiji Noor (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) kepada Md Amin pada majlis berkenaan di Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

SERAMAI 2,772 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Sabah menerima Bantuan Graduan Rindu Sabah atau Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) yang disalurkan secara tunai bagi tahun 2026.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Sabah terhadap kebajikan pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT), khususnya di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, bantuan subsidi tiket penerbangan itu diwujudkan sebagai sokongan kepada pelajar yang berjauhan dengan keluarga serta berdepan cabaran kos perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.

“Inisiatif ini adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap anak-anak Sabah yang berusaha menimba ilmu demi masa depan diri, keluarga dan negeri tercinta. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar untuk balik ke kampung halaman masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah atau Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) Tahun 2026 di Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

“Kerajaan negeri terus memberi penekanan serius terhadap pembangunan modal insan melalui pelbagai inisiatif pendidikan selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dan keutamaan sektor pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Negeri Sabah atas pelaksanaan inisiatif berkenaan yang memberi manfaat besar kepada mahasiswa universiti itu.

“UPSI amat menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan mahasiswa Sabah, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang menuntut di Semenanjung Malaysia.

Md Amin berkata, daripada keseluruhan 24,170 mahasiswa UPSI ketika ini, seramai 15,532 orang atau 64.3 peratus terdiri daripada golongan B40, sekali gus menggambarkan kepentingan bantuan kewangan dan kebajikan kepada pelajar.

Beliau berkata, komuniti mahasiswa Sabah di UPSI kekal signifikan dengan jumlah 2,772 pelajar, manakala universiti itu turut diperkuatkan dengan kehadiran 30 kakitangan berasal dari Sabah, melibatkan 25 kakitangan akademik dan lima kakitangan pentadbiran.

“Taburan pelajar Sabah di UPSI menunjukkan penyertaan menyeluruh dari pelbagai daerah di Sabah, dengan Sandakan, Tawau dan Keningau antara daerah yang mencatatkan bilangan mahasiswa tertinggi.

Beliau berkata, penubuhan Jabatan Bahasa Etnik di Fakulti Bahasa dan Komunikasi pada 2024 turut memperluas usaha pemerkasaan bahasa dan warisan etnik menerusi penawaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Etnik) dengan Kepujian.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Anak Kita yang dilaksanakan UPSI di Sabah melibatkan 1,883 murid dari 24 daerah dan 49 sekolah menengah, sekali gus mencerminkan sumbangan universiti kepada pembangunan pendidikan di negeri itu.

“UPSI juga komited dalam memperkukuh pendidikan berkaitan Sabah, termasuk penawaran program Pendidikan Bahasa Kadazandusun di pelbagai peringkat pengajian,” katanya. – MADANI NEWS