artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Tiada SOP analisis pascanilai punca pelaburan Khazanah dalam FashionValet rugi - PAC | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Tiada SOP analisis pascanilai punca pelaburan Khazanah dalam FashionValet rugi – PAC

Tiada SOP analisis pascanilai punca pelaburan Khazanah dalam FashionValet rugi – PAC
Gambar Internet

KHAZANAH Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata laporan pascanilai tersebut perlu menggariskan punca kegagalan, kelemahan proses sekiranya ada dan cadangan penambahbaikan yang perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga dan Lembaga Pengarah untuk memastikan akauntabiliti dan pembelajaran institusi.

“PAC mendapati Khazanah tidak mempunyai SOP berhubung proses pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mas Ermieyati hari ini membentangkan Penyata PAC Parlimen Berhubung Pelaburan Domestik Khazanah Nasional di bawah Kementerian Kewangan dan PNB dalam FashionValet Sdn Bhd, di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, PAC antara lainnya, turut mencadangkan Khazanah Nasional memperkukuh rangka kerja pengurusan risikonya untuk memasukkan analisis senario yang lebih mendalam terhadap kejutan pasaran bukan kewangan.

Antara contoh kejutan pasaran bukan kewangan termasuklah perubahan teknologi yang disruptif, pandemik, perubahan geopolitik, dan perubahan sentimen sosial supaya Khazanah lebih responsif untuk menyusun semula atau keluar daripada pelaburan apabila asas pelaburan tersebut berubah secara drastik.

Selain itu, beliau berkata Khazanah perlu proaktif dan berterusan mendidik orang ramai mengenai strategi dan peluang pelaburan melalui modal teroka termasuk risiko tinggi dalam model ini.

“Laporan tahunan, kenyataan media, dan platform komunikasi lain harus digunakan untuk menjelaskan rasional di sebalik pendekatan portfolio dan jangkaan bahawa akan ada pelaburan yang gagal sebagai sebahagian daripada strategi untuk memacu inovasi,” kata beliau.

Berhubung penyata PAC itu Mas Ermieyati berkata menerusi prosiding yang dijalankan pada 20 Feb, 2025, PAC telah memanggil tiga saksi utama iaitu Timbalan Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) Kementerian Kewangan Afidah Azwa Abdul Aziz, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan.

Berdasarkan prosiding itu, Mas Ermieyati berkata PAC telah merumuskan lima dapatan utama yang mana, antaranya, Khazanah mempunyai proses tadbir urus dalaman yang berlapis untuk saringan dan kelulusan pelaburan.

“Mekanisme pengawasan oleh MOF juga didapati berada di peringkat strategik dan tidak mengganggu operasi komersial harian, selaras dengan amalan tadbir urus yang baik,” katanya.
— BERNAMA