Khairy tolak spekulasi sertai Kabinet: “Saya sedang nikmati kehidupan yang baik” | Madani News

Khairy tolak spekulasi sertai Kabinet: “Saya sedang nikmati kehidupan yang baik”

Khairy tolak spekulasi sertai Kabinet: “Saya sedang nikmati kehidupan yang baik”

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menepis spekulasi mengenai kemungkinan beliau menyertai Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan kehidupannya sekarang.

“Saya sedang menikmati kehidupan yang baik. Kenapa saya nak tinggalkan ini?” katanya kepada pemberita selepas pelancaran satu produk hari ini.

Spekulasi mengenai penyertaan Khairy ke dalam pentadbiran timbul susulan kekosongan jawatan menteri yang berlaku selepas Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan jawatan masing-masing.

Sebelum ini, pada Februari, bekas Ketua Pemuda Umno itu memaklumkan bahawa beliau masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah politik seterusnya.

Khairy dipecat daripada Umno pada Januari 2023 selepas didakwa melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15.

MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews