artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

SDAR Seremban gegar pentas Asia, muncul juara Asian Music Games 2026

SDAR Seremban gegar pentas Asia, muncul juara Asian Music Games 2026

KUALA LUMPUR: Dari Seremban ke pentas Asia, barisan pemuzik muda Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) membuktikan bakat Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa apabila SDAR Symphonic Band (SSB) dinobatkan sebagai juara Modern Concert Band (Senior Division) pada Asian Music Games (AMG) Kuala Lumpur 2026.

Lebih membanggakan, SSB yang dianggotai 44 pemuzik mencatat 89.775 mata untuk meraih Gold Award, sekali gus mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas yang mengumpul 86.675 mata di tempat kedua dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman dengan 85.300 mata di tempat ketiga.

Kejayaan itu melengkapkan perjalanan gemilang SSB yang terlebih dahulu muncul juara Modern Concert Band pada Asian Music Games 2026 National Qualifier pada Jun lalu.

Rentetan itu menyaksikan SSB berjaya mengekalkan momentum sehingga ke pentas final dan mengulangi kejayaan sebagai juara, sekali gus membuktikan konsistensi, disiplin serta kualiti persembahan pasukan berkenaan.

Malah, kemenangan di AMG 2026 menjadi kemuncak kepada siri pencapaian luar biasa SSB dalam tempoh hanya tiga bulan.

Pada 5 Jun lalu, SSB meraih Gold Award pada Festival Kesenian Muzik Malaysia 2026 di Pulau Pinang.

Dua hari kemudian, pada 7 Jun, pasukan itu muncul juara Modern Concert Band dengan Gold Award pada AMG 2026 National Qualifier di Kuala Lumpur, sekali gus memperoleh tiket ke pentas final.

Kecemerlangan SSB diteruskan pada 13 Ogos apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Festival Wind Orchestra SBP Peringkat Kebangsaan Ke-24, selain membawa pulang Gold Award serta anugerah Best Ensemble Section dan Best Brass Section.

Kemuncak perjalanan itu hadir pada 6 September apabila SSB sekali lagi mengungguli pertandingan AMG Kuala Lumpur 2026.

Jurulatih SSB yang juga alumni SDAR, Adam Asyraf Shazly, berkata kemenangan itu bukan sekadar kejayaan meraih gelaran juara, sebaliknya mencerminkan perkembangan pasukan yang dibentuk menerusi latihan, disiplin dan komitmen berterusan.

“Yang lebih membanggakan ialah melihat perkembangan anak-anak SSB daripada sebuah pasukan yang berlatih bersama kepada sebuah pasukan yang benar-benar percaya antara satu sama lain dan mampu membawa nama Malaysia di pentas Asian Music Games,” katanya.

Menurutnya, setiap pertandingan memberikan pengalaman serta cabaran berbeza kepada pemuzik muda SDAR untuk terus memperbaiki diri.

“Kami mahu mereka belajar bahawa pencapaian datang daripada disiplin, kerja keras dan kesanggupan untuk terus memperbaiki diri.

“Menjadi Johan AMG adalah satu pencapaian yang sangat kami syukuri, tetapi perjalanan mereka masih panjang,” katanya.

AMG Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung dari 4 hingga 13 September menghimpunkan kira-kira 7,000 peserta tempatan dan 3,000 peserta antarabangsa dari sembilan negara, membabitkan 105 acara pingat.

Pertandingan itu merangkumi pelbagai disiplin termasuk brass and wind music, marching arts dan orchestral ensembles dalam format yang berkonsepkan temasya sukan atau ‘Olympic-style’.

Kejayaan SSB turut memberi gambaran bahawa kecemerlangan pelajar Malaysia tidak hanya terhad kepada akademik dan sukan, sebaliknya mampu menyerlah dalam bidang seni apabila diberikan latihan, bimbingan dan ruang yang sewajarnya.

Lebih daripada sekadar sebuah kemenangan, pencapaian SSB menjadi manifestasi kekuatan kerja berpasukan, disiplin, ketekunan serta keyakinan pemuzik muda dalam membawa nama sekolah dan negara.

Daripada Seremban ke Kuala Lumpur, SSB kini membuktikan bahawa pemuzik muda Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing di pentas muzik Asia. – MADANI NEWS