artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Piala Asia B-20 2027: Malaysia benam Laos di tempat sendiri

Piala Asia B-20 2027: Malaysia benam Laos di tempat sendiri

SKUAD Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 2027 dengan kemenangan apabila menewaskan Laos 2 – 1 dalam perlawanan sebentar tadi di Vientiane.

Selepas Indonesia muncul juara Kumpulan H dengan menewaskan Australia, peluang Malaysia untuk layak dilihat agak terbuka untuk layak ke Piala Asia B-20 di China tahun depan sebagai naib juara kumpulan.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) III, Faez Iqhwan Muhammad Azmi terus menjadi sandaran Shukor Adan mengawal benteng terakhir negara mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa cubaan pihak lawan.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia melancarkan serangan menerusi gandingan kapten Amar Imran Uzaini Ashadi, Arayyan Hakeem Norizam, Izzuddin Afif Nazarudin dan Fadhlul Hadi Zulkarnain.

Malaysia meraih gol pendahuluan seawal minit ketujuh menerusi Haziq Aziz Ahyok Abdul Qayyim. Cubaan Haziq memerangkap penjaga gol Laos, Souksamone Vethita.

Skuad muda negara berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, Malaysia terus meningkatkan serangan untuk memburu jaringan tambahan. Meskipun begitu, Laos memiliki idea berbeza dengan menyumbat gol penyamaan pada minit ke-61.

Odin Siphanit berjaya melepasi benteng skuad Malaysia B-19 sebelum menewaskan Faez Iqhwan. Gol itu juga merupakan gol pertama Laos dalam pusingan kelayakan.

Keceriaan penyokong Laos hanya bertahan selama 16 minit. Kem Malaysia kembali ceria apabila Fadhlul Hadi menyumbat gol kedua pada minit ke-77 selepas mendapat hantaran lintang menarik dari Izzuddin.

Laos berusaha mencari gol penyamaan buat kali kedua tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Malaysia menamatkan kempen di tempat kedua di belakang Indonesia.

Peluang Malaysia layak ke Piala Asia B-20 dijangka diketahui selepas tamat semua aksi terakhir kumpulan pusingan kelayakan.