artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Malaysia bakal hantar SMART bantu SAR di Nepal, sumbang AS$1 juta – Anwar

Malaysia bakal hantar SMART bantu SAR di Nepal, sumbang AS$1 juta – Anwar

KERAJAAN memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir dahsyat yang melanda negara itu pada Rabu lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kementerian Luar dipertanggungjawabkan menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan itu digerakkan secepat mungkin.

Selain membantu operasi SAR, Perdana Menteri berkata, pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan serta membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal untuk menyelaras bantuan dan memastikan keselamatan serta kebajikan mereka.

“Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta (kira-kira RM4.03 juta) kepada Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kementerian Luar memaklumkan bahawa seramai 72 rakyat Malaysia yang terkandas di Tibet, China, akibat gangguan perjalanan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal, disahkan berada dalam keadaan selamat serta sihat.

Wisma Putra dilaporkan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan mereka yang kini berada di Darchen, dan ahli keluarga turut mengetahui keadaan mereka.

Selain itu, seramai 55 rakyat Malaysia di Nepal dilaporkan masih belum dapat dihubungi, manakala dua rakyat yang sebelum ini gagal dihubungi pula kini berjaya dihubungi.

Kementerian itu berkata, pengesahan mengenai mereka yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan.

Sebelum ini, Kerajaan Nepal dilapor mengeluarkan senarai nama 537 warga asing dari lebih 30 negara yang dilaporkan hilang susulan kejadian banjir kilat besar di daerah Rasuwa.

Senarai itu turut membabitkan 51 rakyat Malaysia yang diuruskan agensi pelancongan Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour, serta Kailash Journeys, sebagai individu belum dapat dikesan.

The Kathmandu Post sebelum ini melaporkan banjir kilat dahsyat yang melanda kawasan sempadan utara Nepal, Rabu lalu, memusnahkan kawasan penempatan di sepanjang Sungai Bhotekoshi di Rasuwa, selain membawa limpahan air dan serpihan ke bahagian hilir.

Banjir berkenaan turut merosakkan jalan raya, jambatan, bangunan dan infrastruktur lain sebelum mengalir ke dalam sistem Sungai Trishuli, sekali gus menghanyutkan penduduk, kenderaan serta struktur bangunan, selain memutuskan hubungan di sesetengah kawasan terjejas.

Akhbar itu turut melaporkan mayat dan bahagian rangka manusia dijumpai di daerah yang terletak jauh di bahagian hilir Rasuwa, manakala pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengenal pasti identiti mangsa serta menyediakan kemudahan penyimpanan mayat yang mencukupi berikutan kapasiti rumah mayat di beberapa kawasan semakin kritikal.