artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Mufti Perlis menang saman terhadap pemilik akaun Facebook, peroleh ganti rugi RM250,000

Mufti Perlis menang saman terhadap pemilik akaun Facebook, peroleh ganti rugi RM250,000
Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Prof Dr Muhammad Rozaimi Ramle (kiri) bersama peguam, Faizal Rahman (tengah) hadir mewakilkan Mufti Perlis, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memperoleh ganti rugi RM250,000 selepas menang dalam kes saman terhadap pemilik akaun Facebook berhubung penerbitan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rihaida Rafie, memutuskan demikian selepas membenarkan sebahagian saman fitnah difailkan Mohd Asri, 55, selaku plaintif terhadap Mohd Nawawi Abdul Razak, 39, sebagai defendan.

Rihaida dalam penghakimannya berkata, selepas meneliti keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati pernyataan fitnah pertama oleh defendan adalah memfitnah plaintif, namun plaintif tidak berjaya membuktikan pernyataan kedua hingga keempat adalah memenuhi elemen fitnah terhadapnya.

“Mahkamah berpuas hati bahawa pernyataan fitnah pertama memenuhi elemen-elemen fitnah. Setelah mahkamah mendapati pernyataan fitnah pertama terbabit memenuhi elemen fitnah, mahkamah seterusnya meneliti pembelaan yang dibangkitkan oleh defendan.

“Setelah menimbangkan keseluruhan keterangan pembelaan, mahkamah mendapati defendan gagal membuktikan pembelaan,” katanya.

Sehubungan itu, Rihaida memerintahkan Mohd Nawawi membayar ganti rugi RM250,000 secara global dan membayar faedah ke atas jumlah ganti rugi itu pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh, selain kos berjumlah RM50,000 kepada Mohd Asri.

Mahkamah turut membenarkan permohonan plaintif agar defendan membuat permohonan maaf menerusi akaun Facebooknya dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini, memadam pernyataan fitnah di akaun media sosial yang sama, selain defendan atau melalui pekerjanya dihalang mengeluarkan pernyataan fitnah di akaun serupa.

Prosiding hari ini dihadiri peguam Faizal Rahman dan Fatima Zulaikha Ahmad Bashri mewakili Mohd Asri, manakala peguam Mohd Tajudin Abd Razak bagi pihak Mohd Nawawi.

Mohd Asri yang juga pensyarah memfailkan saman itu pada 10 Oktober 2024, dengan mendakwa defendan menerbitkan empat pernyataan fitnah dalam Facebook atas nama Mohd Nawawi Abd Razak pada 20 September 2024 yang boleh diakses oleh masyarakat umum.

Plaintif mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau adalah sebahagian daripada pemimpin atau penyokong Gerakan GISBH, mempunyai hubungan akrab dan membenarkan perbuatan khurafat dilaksanakan kerana mendapat ganjaran daripada GISBH.

Mohd Nawawi dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 29 November 2024, menafikan dakwaan terbabit dan menyatakan aduan fitnah oleh plaintif adalah melampau, berlebihan dan direka bagi mendapatkan simpati mahkamah selain ia tidak benar. – BERNAMA