artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Naratif PH serang Onn Hafiz sebagai ‘MB gagal’ tidak menjadi, kata bekas MP DAP

Naratif PH serang Onn Hafiz sebagai ‘MB gagal’ tidak menjadi, kata bekas MP DAP

SEPANJANG kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba meletakkan pelbagai isu bagi melemahkan kedudukan Barisan Nasional (BN) dan seterusnya menarik undian untuk calon-calonnya.

Namun sehingga memasuki fasa akhir kempen, satu hakikat sukar dinafikan – PH masih gagal meyakinkan pengundi bahawa Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, merupakan pemimpin yang gagal.

Malah, kegagalan membentuk naratif alternatif terhadap kepimpinan Onn Hafiz dilihat menjadi kelemahan terbesar PH sepanjang kempen kali ini, selain faktor-faktor seperti kegagalan menamakan calon Menteri Besar, naratif kempen yang lembap dan kelewatan pelancaran manifesto.

Walaupun beberapa isu nasional dan kontroversi melibatkan pemimpin DAP, termasuk teguran Sultan Selangor terhadap Lim Guan Eng dan Tony Pua, hangat diperkatakan, beberapa penganalisis berpendapat isu itu bukan faktor utama yang bakal menentukan keputusan pengundian Ahad ini.

Sebaliknya, cabaran terbesar PH ialah mematahkan persepsi bahawa Onn Hafiz berjaya mentadbir Johor dengan berkesan dan dekat dengan rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming sendiri mengakui PH masih belum mempunyai naratif yang cukup kuat untuk menangkis imej positif yang dinikmati Menteri Besar Johor itu.

Pengakuan tersebut secara tidak langsung menggambarkan bahawa serangan politik terhadap kerajaan negeri gagal menghasilkan momentum yang diharapkan.

Sepanjang tempoh berkempen, pimpinan PH termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa kali mengkritik pentadbiran Johor. Malah Anwar turut menyindir kepimpinan negeri dengan menyatakan Johor memerlukan pentadbiran yang lebih “cerdik”, sindiran yang dilihat ramai ditujukan kepada kerajaan negeri pimpinan Onn Hafiz.

Namun persoalannya, sejauh mana kenyataan itu benar-benar berjaya mengubah persepsi rakyat?

Setakat ini, jawapannya kelihatan masih memihak kepada BN.

Ini kerana Onn Hafiz dilihat berjaya membina imej sebagai Menteri Besar yang aktif turun padang, dekat dengan rakyat serta memberi tumpuan kepada pelaburan, pembangunan ekonomi, penyelesaian isu bekalan air dan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor.

Imej itu menyebabkan PH berdepan kesukaran menanam persepsi bahawa kerajaan negeri berada dalam keadaan lemah atau gagal.

Dalam mana-mana pilihan raya, parti pembangkang lazimnya memerlukan satu naratif besar bagi meyakinkan pengundi bahawa kerajaan sedia ada wajar ditukar.

Namun di Johor, naratif tersebut masih belum benar-benar terbentuk.

Tanpa naratif yang kukuh mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri, kempen PH akhirnya lebih banyak berkisar kepada isu-isu nasional, sedangkan sebahagian besar pengundi negeri lazimnya menilai prestasi kerajaan negeri berdasarkan pencapaian yang dapat dirasai secara langsung.

Atas sebab itu, isu berkaitan titah Sultan Selangor dilihat lebih sebagai gangguan sementara terhadap kempen PH dan bukannya faktor penentu keputusan pilihan raya.

Sebaliknya, persoalan lebih besar ialah sama ada PH berjaya meyakinkan pengundi bahawa sudah tiba masanya Johor menukar kerajaan negeri. Berdasarkan perjalanan kempen setakat ini, jawapan terhadap persoalan tersebut masih belum memihak kepada gabungan berkenaan.

Jika sehingga hari pengundian PH masih gagal mengubah persepsi bahawa Onn Hafiz ialah seorang Menteri Besar yang berkesan, peluang BN untuk mempertahankan penguasaan di Johor dijangka kekal cerah. – MADANI NEWS