artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Kejohanan RSGC cungkil bakat muda ke pentas global | Madani News

Kejohanan RSGC cungkil bakat muda ke pentas global

Kejohanan RSGC cungkil bakat muda ke pentas global

KUALA LUMPUR – Kejohanan Golf Jemputan Remaja Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) 2026 dilihat semakin berkembang daripada sekadar medan pembangunan kepada platform strategik yang membuka laluan pemain muda negara ke peringkat antarabangsa.

Memasuki edisi ke-11 penganjurannya, kejohanan tersebut terus mengukuhkan peranan sebagai pemacu bakat baharu apabila berjaya menarik penyertaan dari 13 negara termasuk Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Seramai 95 pemain bakal beraksi tahun ini dengan Malaysia menjadi penyumbang terbesar melalui 39 peserta, termasuk 25 pemain daripada Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP).

Lebih menarik, kejohanan itu turut menawarkan peluang berharga apabila empat pemain terbaik negara bagi kategori bawah 18 dan bawah 15 tahun akan beraksi di Kejohanan Remaja Taiwan 2026 dengan semua kos ditanggung penganjur.

Inisiatif berkenaan diperkukuh melalui kerjasama erat bersama Persatuan Golf Malaysia (MGA), sekali gus menjadikan kejohanan ini sebagai antara platform penting dalam proses pemilihan ke program elit pembangunan golf negara.

Pengerusi Penganjur Golf RSGC, Ezani Datuk Abu Bakar berkata, kelebihan kejohanan ini bukan sekadar terletak pada aspek pertandingan, tetapi nilai tambah yang mampu melonjakkan kerjaya pemain muda.

“Pemenang edisi lalu diberi peluang beraksi di Thailand Youth Open dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik. Ini jelas menunjukkan kejohanan ini mampu menjadi batu loncatan ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kejohanan berkenaan di Kuala Lumpur.

Turut hadir, Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Pengarah Kejohanan, Dr Chew Seng Poh serta Setiausaha Kehormat MGA, Datuk Zulkifli Ismail.

Menurut Ezani, sambutan terhadap edisi kali ini juga jauh lebih memberangsangkan apabila sebanyak 50 penyertaan diterima dalam tempoh hanya beberapa minggu selepas pendaftaran dibuka.

“Jika dibandingkan tahun lalu, kami perlu berusaha lebih untuk menarik penyertaan. Namun kali ini, respons yang diterima amat positif,” ujarnya.

Dengan peningkatan penyertaan antarabangsa, kejohanan ini dijangka memberi pendedahan lebih luas kepada pemain tempatan selain meningkatkan tahap persaingan.

Penganjur berharap platform seperti ini dapat terus melahirkan pemain muda yang bukan sahaja berdaya saing, malah mampu membawa nama negara ke pentas lebih tinggi.

Kejohanan tiga hari ini akan diadakan di Kelab Golf Diraja Selangor, Kuala Lumpur bermula 12 Mei dan pusingan latihan akan diadakan sehari sebelum itu. – MADANI NEWS