artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Dari DNAA ke NFA: Peguam Negara tamatkan kes 47 pertuduhan terhadap Zahid | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Dari DNAA ke NFA: Peguam Negara tamatkan kes 47 pertuduhan terhadap Zahid

Dari DNAA ke NFA: Peguam Negara tamatkan kes 47 pertuduhan terhadap Zahid

JABATAN Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan lanjut (No Further Action – NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan hari ini, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023, selain mengambil kira hasil siasatan terperinci yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut AGC, siasatan tersebut meliputi pelbagai aspek termasuk sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana Yayasan Akalbudi sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Jabatan ini memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (‘No Further Action’) akan diambil berhubung kes berkenaan.

“Keputusan ini dengan sendirinya membawa kepada penamatan muktamad kes tersebut, selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Latar Belakang Kes

Ahmad Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, 8 pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengan beliau selaku pengasas yayasan berkenaan.

Pada 4 September 2023, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepaskan Zahid tanpa pembebasan (DNAA), dengan alasan pendakwaan memerlukan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan. Keputusan itu membolehkan pendakwaan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu.

Bagaimanapun, keputusan DNAA tersebut mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk kritikan daripada pertubuhan masyarakat sivil dan parti pembangkang yang mempersoalkan ketelusan serta implikasinya terhadap prinsip akauntabiliti dan tadbir urus.

AGC sebelum ini mempertahankan keputusan memohon DNAA dengan menegaskan ia dibuat berdasarkan keperluan undang-undang dan bukannya bersifat pembebasan muktamad.

Dengan pengumuman NFA hari ini, kes berkenaan kini dianggap ditamatkan sepenuhnya dan tidak lagi tertakluk kepada sebarang prosiding pendakwaan. – MADANI NEWS