artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Keluarkan barang bekas isteri: Dr Afifah mahu ambil tindakan sivil terhadap Nubhan | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Keluarkan barang bekas isteri: Dr Afifah mahu ambil tindakan sivil terhadap Nubhan

Keluarkan barang bekas isteri: Dr Afifah mahu ambil tindakan sivil terhadap Nubhan

KUALA LUMPUR: Peguam syarie mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan pihaknya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami anak guam, Nubhan susulan insiden pecah masuk kediaman dan mengeluarkan barang-barang tanpa izin.

Akberdin berkata, anak guamnya ketika ini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis berhubung apa yang didakwa tindakan membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman terbabit tanpa notis, setibanya di tanah air, esok.

“Dr Afifah akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Sesiapa pun, sama ada suami atau pemilik rumah, kalau sudah ada orang tinggal di rumah itu sebagai penghuni, dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran.

“Tambah pula, dia tahu bekas isterinya sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah. Anak-anak pula hendak tinggal di mana? Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan.

“Kemudian pihaknya beri gambaran seolah-olah dia buat secara berhemah. Sedangkan, perbuatan itu jelas salah dan melanggar undang-undang. Sekarang ini kami boleh saman kerana dia (Nubhan) pecah masuk rumah dan keluarkan barang tanpa izin penghuni dan tanpa perintah mahkamah.

“Perkara ini juga melanggar Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik,” katanya memtik laporan BH Online hari ini.

Melalui hantaran Threads, malam tadi, Dr Afifah, 35, atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, mendakwa barang-barang rumah yang dihuni bersama anak-anak, dicampak keluar dari kediaman tanpa pengetahuannya.

Akberdin berkata, Dr Afifah ada hak untuk terus menghuni kediaman berkenaan sementara prosiding tuntutan harta sepencarian masih berlangsung di mahkamah.

Akberdin menjelaskan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik, mana-mana pihak termasuk pemilik harta tidak boleh memasuki atau mengambil alih sesuatu harta tak alih tanpa perintah mahkamah.

“Undang-undang sama turut memperuntukkan bahawa walaupun penyewa gagal membayar sewa untuk tempoh lama, pengusiran secara paksa tetap tidak dibenarkan tanpa perintah mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, tambah Akberdin, tindakan Nubhan yang didakwa memasuki rumah berkenaan ketika Dr Afifah berada di luar negara, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci kediamannya disifatkan sebagai melanggar undang-undang.

“Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang, ikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik. Walaupun tuan punya tanah atau atau penyewa tidak bayar sewa berbulan-bulan, dia tetap tak boleh pecah masuk. Sama macam kes ini.

“Sepatutnya, dia benarkan bekas isteri masuk balik dan kalau hendak ambil barang, kena mohon. Tetapi, dia ambil kesempatan ketika anak guam saya tidak berada di Malaysia. Cara dia buat memang salah. Dia tak boleh masuk keluarkan barang-barang dan kemudian tukar kunci pula.

“Jadi, perbuatan dia melanggar undang-undang kerana dia tak dapat perintah mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, pada 2 Disember lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3 – MADANI NEWS