artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Albert Tei dakwa beri RM600,000 kepada Setiausaha politik kanan PM | Madani News

Albert Tei dakwa beri RM600,000 kepada Setiausaha politik kanan PM

Albert Tei dakwa beri RM600,000 kepada Setiausaha politik kanan PM
ALBERT Tei difahamkan berjumpa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum membuat pendedahan terbaru. - Gambar FB Fadhli Shaari

AHLI perniagaan Albert Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, membongkar maklumat mengejutkan beberapa hari sebelum pilihan raya negeri.

Dia kini mengaitkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Md Akin, dalam skandal perlombongan itu.

Shamsul hari ini mengumumkan perletakan jawatan tersebut dengan alasan ada percubaan menyerangnya dan mengugatkan imej Kerajaan Madani.

Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah, memetik laporan Malaysiakini.

Menurut Tei, dia telah menyusun dokumen setebal lebih 300 muka surat, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit, untuk menguatkan dakwaannya.

Antara lain, dia mendakwa membayar untuk pengubahsuaian, perkakas dan perabot untuk dua hartanah — satu di Bangsar, Kuala Lumpur dan kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.

Senarai itu didakwa meliputi perabot kulit, meja makan, sistem hiburan rumah (home theatre), mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.

Tei juga memberikan gambar “sebelum dan selepas” pelbagai bilik di rumah didiaminya di Putrajaya, yang menunjukkan perabot, katil, lampu, dan langsir yang dinaik taraf.

Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik it.

Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.

Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023 , yan Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.

Tei mendakwa dia juga mempunyai bukti wang tunai bertukar tangan: RM20,000 (8 Nov 2023 di Kota Kinabalu), RM100,000 di Kuala Lumpur (24 Nov 2023), RM100,000 di Bukit Puchong (15 Dis 2023), RM50,000 di Kuala Lumpur (22 Jan 2024), RM50,000 di Kuala Lumpur (26 April 2024), dan USD$6,000 di Kuala Lumpur (3 Okt 2024).

Dalam kenyataan, Tei mendakwa dia diperkenalkan dengan Shamsul oleh seorang wanita, yang didakwanya sebagai proksinya.

Pertemuan pertama mereka didakwa berlaku pada 8 Nov 2023, kira-kira jam 10 malam di kedai cerut Jesselton Cigaro di Kota Kinabalu.

Dia juga mendakwa memiliki bukti yang menguatkan dakwaan bahawa wanita yang disebutkan itu bertindak bagi pihak Shamsul.

Sejak November lepas, Tei mendedahkan rentetan video, dokumen, dan tangkapan skrin WhatsApp yang mengaitkan lebih daripada sedozen ahli politik GRS dalam skandal itu, menuduh mereka menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.

Tei dan dua anggota Dewan Undangan Negeri kemudian didakwa di mahkamah.

Pengerusi GRS dan ketua menteri sementara Hajiji Noor menuduh Tei menjadi sebahagian daripada kartel yang bertujuan memonopoli perlombongan di negeri itu. – MADANI NEWS