artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Harimau Malaya baham Laos 5-1, walaupun dibarisi majoriti pemain tempatan | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Harimau Malaya baham Laos 5-1, walaupun dibarisi majoriti pemain tempatan

Harimau Malaya baham Laos 5-1, walaupun dibarisi majoriti pemain tempatan

Pada minit ke-59, Faisal Halim meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma menakjubkan dari luar kotak penalti untuk mendapatkan gol pertama Malaysia malam ini.

HARIMAU Malaya membuktikan taring sebenar apabila membelasah Laos 5-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, meskipun menurunkan majoriti pemain tempatan.

Biarpun Laos terlebih dahulu membuka jaringan, skuad kendalian Peter Cklamovski tidak panik dan bangkit dengan persembahan bertenaga pada babak kedua untuk memastikan tiga mata kekal di bumi sendiri.

Malaysia menurunkan Syihan Hazmi di gawang, manakala Dion Cools menggalas tugas sebagai ketua pasukan dan Arif Aiman Hanapi mengetuai jentera serangan dibantu Faisal Halim dan Romel Morales.

Laos pula mempertaruhkan penjaga gol Kop Lokphathip serta penyerang berbisa Kydavone Souvanny dalam usaha mencari kejutan di Bukit Jalil. Pasukan pelawat memanfaatkan peluang pertama mereka apabila Chanthavixay Khounthoumphone meledak gol pembukaan pada minit ke-19 untuk mendahului 1-0.

Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan menerusi Romel Morales pada minit ke-38, namun rembatan derasnya tersasar ke kanan gawang. Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia ketinggalan satu gol di hadapan penyokong sendiri.

Bersambung babak kedua, Malaysia tampil lebih agresif dan menguasai sepenuhnya permainan dengan beberapa percubaan berbahaya ke arah kubu Laos. Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-59 apabila Faisal Halim meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma menakjubkan dari luar kotak penalti.

Gol itu menjadi pemangkin semangat buat anak buah Peter yang terus menggandakan asakan. Romel Morales menebus kegagalan awal dengan dua jaringan berturut-turut pada minit ke-65 dan ke-70, sekali gus meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-1.

Nasib malang menimpa Laos apabila pemainnya, Thapaseut, tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-79, memberikan gol keempat buat Malaysia. Stadium Bukit Jalil bergema dengan sorakan apabila skuad kebangsaan semakin selesa di hadapan.

Pesta gol Harimau Malaya disempurnakan oleh Paulo Josue pada minit ke-82, apabila hanya perlu membuat sepakan mudah menewaskan penjaga gol lawan untuk memastikan kemenangan bergaya 5-1.

Dengan kemenangan ini, Malaysia kekal di puncak Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Arab Saudi dengan 12 mata maksimum daripada empat perlawanan, sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai pasukan paling konsisten dalam kumpulan setakat ini. – MADANI NEWS