artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
SPRM akan siasat dakwaan FAM palsukan dokumen pemain warisan - Azam | Madani News

SPRM akan siasat dakwaan FAM palsukan dokumen pemain warisan – Azam

SPRM akan siasat dakwaan FAM palsukan dokumen pemain warisan – Azam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain warisan kebangsaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sudah mengarahkan pasukan siasatan untuk bertemu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam masa terdekat.

“Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai Pengarah Kanan Bahagian siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi dengan pihak FIFA untuk mengetahui apa sebenarnya isunya.

“Sekiranya kita dapati ada berlakunya sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa kami, SPRM akan menjalankan siasatan”, katanya kepada Buletin TV3.

FIFA dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, FAM bersama tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertibnya selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.

Semua pemain itu beraksi ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu, yang kemudian mengundang aduan rasmi kepada FIFA berhubung status kelayakan beberapa pemain berkenaan.

Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).

Setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

FIFA turut merujuk isu kelayakan pemain terbabit untuk mewakili Malaysia kepada Tribunal Bolasepak FIFA bagi pertimbangan lanjut.

Sementara itu, Azma ketika ditanya sama ada pihaknya menerima sebarang laporan berkenaan isu berkenaan, berkata pihaknya hanya mengetahuinya menerusi kenyataan media yang dibuat FIFA.

“Tidak ada laporan (diterima), tetapi SPRM melihat (isu) ini dalam kenyataan media yang keluar. Jadi dia menjadi satu kenyataan umum.

“Bila menjadi dalam satu ‘public domain’ (kenyataan umum), SPRM tidak menunggu sebarang aduan rasmi dibuat (dan) kita boleh mengambil tindakan kerana masyarakat telah mengetahui tentang perkara ini,” katanya. – MADANI NEWS