artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Kerajaan MADANI tegas perangi kartel, tiada tolak ansur - PM Anwar | Madani News

Kerajaan MADANI tegas perangi kartel, tiada tolak ansur – PM Anwar

Kerajaan MADANI tegas perangi kartel, tiada tolak ansur – PM Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam memerangi kartel yang selama ini merosakkan sistem ekonomi negara.

Beliau berkata keberanian memecahkan dominasi kartel adalah antara kejayaan utama pentadbiran kerajaan MADANI, sekali gus membuktikan iltizam kerajaan untuk membela kepentingan rakyat.

“Kerajaan MADANI telah memecahkan tembok kartel dan kita akan terus memerangi mereka. Saya dah panggil badan-badan penguatkuasaan, perangi kartel, perangi kumpulan yang menggunakan cara haram dan khianat untuk merosakkan sendi negara ini. Kita tidak tolak ansur,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS), Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata, kejayaan memecahkan kartel ayam yang telah bertapak sejak puluhan tahun membuktikan keberkesanan tekad politik yang jelas serta sokongan penuh daripada pasukan penguatkuasaan.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan perjuangan membebaskan negara daripada kegiatan tidak bermoral seperti penyeludupan, rasuah serta penyelewengan masih berterusan.

Sementara itu, Anwar menyatakan pendirian Malaysia untuk kekal konsisten dalam memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin walaupun berdepan tekanan geopolitik dan konflik global.

“Kita tegas dalam soal Gaza, tegas dalam soal hak kemanusiaan, tetapi tetap pertahankan persahabatan supaya rakyat tidak terkorban dan ekonomi kita dapat terus dikuatkan.

“Kalau ambil sentimen orang yang ekstrem, (akan mengakibatkan) perang di sana, perang di sini, rakyat merempat,” kata beliau sambil menekankan kebijaksanaan Malaysia dalam mengekalkan keseimbangan hubungan dengan kuasa besar dunia tanpa mengorbankan solidariti terhadap Gaza.

Bagaimanapun, kata Anwar kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan pendirian negara dalam isu Palestin, malah tetap berpegang pada prinsip kemanusiaan sejagat.

Kira-kira 4,000 tetamu terdiri daripada penjawat awam, agamawan, jentera perpaduan, anggota badan beruniform, usahawan, warga kerja swasta, golongan belia, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah hadir pada program itu.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pada 7 pagi esok. – MADANI NEWS