artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Empat rakyat Malaysia antara 79 orang ditahan dalam serbuan dadah di Singapura | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Empat rakyat Malaysia antara 79 orang ditahan dalam serbuan dadah di Singapura

Empat rakyat Malaysia antara 79 orang ditahan dalam serbuan dadah di Singapura

BIRO Narkotik Pusat (CNB) Singapura menahan  79 individu termasuk empat rakyat Malaysia dalam serbuan dadah selama lima hari dengan hampir 3.5 kilogram (kg) heroin dirampas bersama pelbagai jenis dadah lain.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, CNB dalam satu kenyataan berkata, serbuan dilakukan dari 4 hingga 8 Ogos, meliputi kawasan seperti Ang Mo Kio, Bukit Batok, Jurong, Pasir Ris, Tampines dan Yishun.

Antara dadah yang dirampas ialah 3,457 gram  heroin, 909g dadah methamphetamine, 3 gram kanabis, lima biji pil ecstasy, lima biji pil erimin-5 dan sebotol GHB (gamma-hydroxybutyrate).Nilai rampasan itu dianggarkan melebihi $470,000 (RM154,910).

 Menurut CNB, heroin, methamphetamine dan kanabis yang dirampas itu mampu menampung ketagihan 2,160 penagih untuk tempoh seminggu.

‘’Antara 79 individu yang ditahan, lima dipercayai pengedar dadah termasuk empat warga Malaysia yang diberkas dalam serbuan yang mana sebahagian besar rampasan heroin dan methamphetamine dilakukan,’’ kata kenyataan itu.

 Agensi itu memaklumkan, seorang lelaki Malaysia berusia 25 tahun ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada petang 5 Ogos kerana cuba menyeludup dadah ke Singapura menggunakan kereta.

‘’Kira-kira 2,033g heroin dan 731g methamphetamine ditemui dalam bungkusan biskut di bahagian belakang kereta tersebut. Kereta yang berdaftar di Malaysia itu telah diarahkan untuk melalui pemeriksaan lanjut di situ,’’ kata CNB.

 Dalam kejadian berasingan, pegawai CNB menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 53 tahun, seorang lelaki warga Malaysia berusia 39 tahun dan seorang wanita warga Malaysia berusia 43 tahun di kawasan berhampiran Jurong West dan Henderson Road awal pagi 6 Ogos.

 Lelaki warga Malaysia itu didapati memiliki 60 gram methamphetamine dan beberapa kad kunci hotel berhampiran Geylang, kata CNB.

 CNB kemudian menyerbu bilik-bilik hotel tersebut dan menemui kira-kira 1,421 gram heroin, 62 gram methamphetamine dan pelbagai peralatan untuk penggunaan dadah.

Pada petang 6 Ogos, CNB menahan seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 28 tahun di kawasan Tampines kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah, dalam operasi susulan.

Mengikut undang-undang Singapura, sesiapa yang disabit kesalahan mengedar lebih daripada 15 gram diamorfin, atau heroin tulen, atau 250 gram methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.