154 kakitangan TNB ditempatkan di Langkawi sempena LIMA 2025

SEDIA… TENAGA Nasional Berhad (TNB) memperkukuh kesiapsiagaan operasi dengan menempatkan 154 kakitangan di lapangan dan bilik gerakan bagi memastikan bekalan elektrik stabil sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025, yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini di Langkawi. Sejak penghujung 2024, TNB telah menjalankan pelbagai inisiatif termasuk penyenggaraan dan semakan sistem bekalan voltan 11kV dan 33kV di lokasi utama acara seperti Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) serta Resort World Langkawi.
MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews