“Lain Macam Betul!” – Iklan Raya Astro 2025 curi perhatian dengan Ellie Suriaty dicabar tradisi

RAYA tanpa iklan yang buat kita senyum, termenung, atau tetiba rasa nak peluk mak ayah memang tak sah. Tapi tahun ni, satu iklan raya yang betul-betul “lain macam” ialah Astro Raya 2025 – ‘Lain Macamnya Raya’. Nama pun dah lain macam.
Apa yang buat iklan ni menarik? Bukan sekadar barisan pelakon yang padat dengan selebriti — bayangkan Erra Fazira, Zizan Razak, Joey Daud, Nadia Aqilah dan Watie Sadali semua ada. Tapi yang betul-betul mencuri spotlight? Ellie Suriaty sebagai ibu tunggal bernama Jumaah Abdul Majid.
Ye, Ellie Suriaty — yang kita biasa nampak dalam filem berat dan drama emosi, kali ni muncul dalam iklan raya! Pengarahnya, Hyrul Anuar, memang berani lain macam. Katanya, dia nak lari dari wajah-wajah “stereotaip iklan raya” macam Fatimah Abu Bakar atau Dian P. Ramlee.
“Masa saya sebut nama Ellie, semua teruja. Nama dia memang tak dijangka. Tapi sebab tu lah dia jadi kunci ‘wow’ dalam cerita ni,” kata Hyrul.
Penggambaran dijalankan sekitar Kuala Selangor dan Hulu Langat dalam masa tiga hari je — tapi hasilnya, cukup rasa! Walaupun Hyrul akui dia agak gementar sebab bekerja dengan nama-nama besar, suasana set tetap santai dan penuh gelak ketawa.
Dan yang best, Hyrul diberi kebebasan berkarya oleh Astro. Ada satu babak impromptu — Erra Fazira ditumbuk (jangan risau, bukan betul-betul) — yang tak ada dalam storyboard pun, tapi bila Hyrul cadangkan, Astro terus on!
Tradisi Bertembung, Hati Dipertaruh
Cerita iklan ni simple tapi relatable habis. Ellie sebagai Jumaah, ibu tunggal yang cukup tegas bab tradisi raya — dari baju warna pink sampai juadah wajib macam rendang, dodol dan lemang.
Tapi bila anak-anak dah kahwin, dan menantu-menantu masuk rumah… mulalah “culture clash” berlaku. Tradisi bertembung, dan Jumaah pun terpaksa hadap dilema antara kekal dengan kebiasaan atau buka ruang untuk kebahagiaan keluarga.
Plot yang nampak ringan tapi sebenarnya deep — pasal pengorbanan, penerimaan, dan kasih sayang.
Nak tengok? YouTube je!
Iklan ni dah pun ditayangkan sejak 12 Mac 2025 dan boleh ditonton di YouTube Astro Malaysia. Sesuai sangat kalau nak feeling sambil buat kuih raya atau lipat baju.
Oh ya, Astro tahun ni bukan main-main — selain iklan ni, ada 12 telefilem raya baharu termasuk:
- Rapun
- Ayah Jangan Nangis
- Jemaah Penanggal Kampung Lenggong (bunyi macam komedi horror kan?)
- Setia di Hujung Ingatan
- Dan banyak lagi.
Semua boleh ditonton sepanjang Syawal di Astro Ria, Prima dan Ceria. Maklumat lanjut boleh check terus di astroraya.com.my.
Kalau anda belum tengok Lain Macnya Raya, percayalah — ini iklan raya yang bukan sekadar “lain macam”, tapi buat kita fikir balik… kadang-kadang, nak kekalkan kasih sayang, kita kena longgarkan tradisi.
MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews