Elaun tugas 'atas panggilan' petugas KKM akan dinaikkan - Dzulkefly | Madani News

Elaun tugas ‘atas panggilan’ petugas KKM akan dinaikkan – Dzulkefly

Elaun tugas ‘atas panggilan’ petugas KKM akan dinaikkan – Dzulkefly

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mendapat ‘lampu hijau’ menaikkan elaun tugas atas panggilan (Etap) bagi petugas kesihatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat nanti, kata Menteri Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, aspek kebajikan petugas kesihatan sentiasa diperjuangkan dan menjadi keutamaan baginya sepanjang mengemudi KKM.

“Kenaikan ‘active allowance’ atau Etap itu telah pun kita dapat persetujuan, cuma untuk mengumumkan jumlahnya itu, saya diminta untuk tunggu pengumuman,” katanya menurut Bernama selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di Putrajaya.

Etap merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh pegawai perubatan dalam merawat pesakit semasa bertugas ‘on-call’ di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Dzulkefly berkata, pihaknya juga telah mendapat persetujuan berkaitan ‘fee schedule’ membabitkan klinik dan hospital swasta. – MADANI NEWS