artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

MFL umum final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim

MFL umum final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim

STADIUM Sultan Ibrahim (SSI) dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2026-2027 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2027.

Perkara itu diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi satu kenyataan rasmi selepas keputusan berkenaan dicapai dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL Ketiga bagi Penggal 2025-2029 pada 3 November 2026.

Pemilihan SSI dibuat selepas TM Stadium Nasional tidak dapat digunakan susulan kerja-kerja menaik taraf padang, trek balapan dan fasiliti stadium sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA 2027.

Menurut pengesahan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), kerja-kerja naik taraf di stadium berkenaan dijangka siap pada Mei 2027.

Sehubungan itu, MFL mengambil keputusan untuk memilih SSI dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk keadaan permukaan padang, pengurusan logistik, kemudahan penginapan pasukan serta kelengkapan fasiliti stadium.

Aspek lain yang turut diberi perhatian ialah kemudahan pentas utama, corporate suite, akses ke stadium, keselamatan serta operasi produksi siaran langsung.

SSI yang mempunyai kapasiti 35,109 penonton turut memiliki fasiliti lengkap selain pengalaman menganjurkan beberapa perlawanan bertaraf antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya.

Antaranya ialah aksi persahabatan Tier 1 menentang Palestin pada 8 September 2025 serta perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal pada 25 Mac 2025.

Untuk rekod, SSI pernah menjadi gelanggang perlawanan akhir Piala FA 2023 yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 2-0 pada 22 Julai 2023.

Pemilihan SSI bagi edisi 2026-2027 menyaksikan stadium berkenaan sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk menjadi pentas aksi kemuncak kejohanan tersebut.

MFL berharap pemilihan venue itu dapat memberikan pengalaman terbaik kepada kedua-dua pasukan serta penyokong yang bakal hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim ini. – MAKAN BOLA