PRU16 lama lagi, kini tumpu pelaksanaan reformasi – PM Anwar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak akan diadakan dalam masa terdekat walaupun prospek ekonomi kini dilihat lebih positif.
Anwar berkata beliau kini sedang memberi tumpuan antaranya pelaksanaan reformasi.
“PRU lama lagi.
“Saya sedang beri tumpuan untuk terus melaksanakan reformasi dan tangani masalah dihadapi rakyat.”
“Dua perkara ini akan menjadi keutamaan utama bagi tahun depan,” katanya dalam pertemuan bersama editor.
PRU16 mesti diadakan selewat-lewatnya 17 Feb 2028.
BERITA LANJUT MENYUSUL
