artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
KPT teliti cadangan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN di IPTS | Madani News

KPT teliti cadangan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN di IPTS

KPT teliti cadangan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN di IPTS

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan menilai pelaksanaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada kumpulan B40 dan M40 di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ini kerana sistem penilaian akademik di IPTS tidak seragam seperti di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekali gus memerlukan mekanisme lebih teliti sebelum diputuskan.

“Ini tidak bermakna kerajaan menolak kemungkinan itu, tetapi kita perlu memastikan mekanisme diguna pakai bagi IPTS adalah adil, tepat dan mengambil kira perbezaan sistem penilaian yang wujud antara institusi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) peringkat dasar bagi KPT di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika ini, beliau berkata, dasar pengecualian bayaran balik pinjaman berkenaan diberi kepada graduan kelas pertama daripada kumpulan B40 dan M40 di IPTA.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan sedang menyelaras semula keseluruhan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk integrasi teknologi baharu serta memastikan kursus yang ditawarkan IPT adalah benar-benar selaras permintaan industri.

Katanya, antara pembaharuan terbesar ialah memperkenalkan konsep ’embedded AI’, iaitu penerapan unsur kecerdasan buatan (AI) dalam semua kurikulum TVET di politeknik, kolej komuniti dan institusi berkaitan, sebagai persediaan menghadapi lonjakan sektor teknologi global.

Beliau berkata, usaha itu turut diperkukuhkan melalui kerjasama dengan pemain industri global, termasuk Geely serta BYD yang sedang melaksanakan pelaburan besar dalam sektor automotif, elektrik dan teknologi tinggi di Malaysia.

“Kerjasama ini merangkumi pemindahan teknologi, latihan tenaga pengajar, latihan industri jangka panjang, pembangunan kurikulum bersama serta penggunaan model dua tahun di industri dan dua tahun di universiti bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata, KPT akan memperkenalkan subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) baharu di universiti dengan menumpukan pembinaan adab, tasawwur (persepsi) dan sudut pandangan dunia (worldview) dalam pembentukan sahsiah mahasiswa.

Beliau berkata, subjek baharu itu akan menjadi elemen teras dalam melahirkan graduan yang bukan saja berkemahiran tinggi, tetapi juga memiliki jati diri, akal budi dan kefahaman mendalam terhadap nilai masyarakat serta tuntutan zaman.

“Pendekatan baharu ini akan menghubungkan pembinaan karakter dari peringkat prasekolah dan sekolah seperti digariskan Kementerian Pendidikan (KPM), dengan kesinambungan pembinaan akal budi di universiti,” katanya. – MADANI NEWS