artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Cabaran Golf TSM ke-14 kembali: Misi mencari ‘Malaysian Tiger’ diteruskan | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Cabaran Golf TSM ke-14 kembali: Misi mencari ‘Malaysian Tiger’ diteruskan

Cabaran Golf TSM ke-14 kembali: Misi mencari ‘Malaysian Tiger’ diteruskan

EDISI ke-14 Cabaran Golf TSM 2025, kejohanan golf amal junior paling berprestij di Malaysia, akan berlangsung dari 16 hingga 19 Jun ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), dengan tema tahun ini “In Search of the Malaysian Tiger”.

Dianjurkan di bawah naungan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan dikendalikan oleh TSM Charity Golf, kejohanan ini terus menjadi medan mencungkil bakat muda melalui platform sukan dan pendidikan.

Diiktiraf sebagai kejohanan utama oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan sebahagian daripada sistem World Amateur Golf Ranking (WAGR), acara ini bakal menghimpunkan 85 pemain muda di bawah 21 tahun — 50 lelaki dan 35 wanita — yang berpeluang meraih mata ranking dan pendedahan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Antara bintang tumpuan ialah juara bertahan, Mirabel Ting, kini pemain nombor dua dunia dalam WAGR dan penerima Anugerah ANNIKA. Dengan purata pukulan 68.77 musim ini — terendah dalam sejarah Divisyen I golf wanita AS — kehadiran Mirabel dijangka menyemarakkan lagi saingan.

Sebagai dorongan kepada pembangunan atlet dan pelajar, kejohanan ini menawarkan biasiswa bernilai RM133,000 kepada 10 peserta terbaik lelaki dan wanita, menjadikannya antara tawaran terbesar dalam kejohanan seumpamanya di rantau ini.

Acara tahun ini turut meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan Tunas Bestari Golf Academy (TBGA), sebuah inisiatif TSM Charity Golf Foundation (TSMCGF) yang aktif membangunkan bakat muda dari pelbagai latar belakang, dengan latihan berstruktur dan bimbingan prestasi tinggi.

Presiden TSMCGF, Datuk Mustapha Buang berkata, “Acara ini bukan sekadar kejohanan golf, tetapi satu gerakan kebangsaan. Kami melabur dalam masa depan belia Malaysia, bukan hanya dalam sukan tetapi juga pendidikan dan kepimpinan.”

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan penganjuran kali ini sebagai satu usaha berterusan untuk melahirkan ‘Malaysian Tiger’ – bakat golf tempatan yang mampu bersaing di peringkat tertinggi dunia, seiring nama-nama besar seperti Tiger Woods.

TSM Golf Challenge 2025 akan berlangsung dengan kerjasama erat MGA dan beberapa penaja korporat. Sejak 2003, yayasan ini telah menaja ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian ke luar negara selain menyediakan sokongan berstruktur untuk pembangunan atlet muda.

MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews