TudungSiComel sumbang tudung sekolah kepada mangsa tragedi Putra Heights | Madani News

TudungSiComel sumbang tudung sekolah kepada mangsa tragedi Putra Heights

TudungSiComel sumbang tudung sekolah kepada mangsa tragedi Putra Heights

TudungSiComel, jenama tudung sekolah tempatan di bawah syarikat SBZ Prima Sdn Bhd, menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tragedi di Putra Heights dengan menyumbangkan tudung sekolah bernilai RM5,000, termasuk kos pengurusan.

Sumbangan ini bertujuan membantu keluarga yang terjejas agar anak-anak mereka dapat meneruskan persekolahan dengan lebih selesa meskipun berdepan situasi sukar. Program tanggungjawab sosial ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TudungSiComel dalam menyokong pendidikan dan kebajikan masyarakat.

“Sebagai jenama yang dekat dengan para pelajar dan ibu bapa, kami terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban keluarga-keluarga yang terkesan,” kata Kapten Syahruddin Zainul TUDM (B), Ketua Pegawai Eksekutif SBZ Prima Sdn Bhd (TudungSiComel).

Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas di Pusat Komuniti Putra Heights, disaksikan oleh wakil-wakil badan kebajikan tempatan dan sukarelawan masyarakat.

Sebanyak 100 set tudung sekolah beserta skaf telah disumbangkan, dan agihan dilaksanakan dengan kerjasama rapat bersama komuniti setempat bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Tudung yang disumbangkan adalah daripada koleksi TudungSiComel, direka khusus untuk pelajar sekolah dengan penekanan terhadap keselesaan dan kemasan yang kemas. Materialnya dipilih agar ringan, sejuk dan sesuai dengan iklim Malaysia, membolehkan pelajar kekal selesa sepanjang hari di sekolah.

Dalam masa yang sama, TudungSiComel turut menawarkan Jaminan 180 Hari kepada pelanggan mereka, membolehkan pertukaran atau pemulangan dibuat sekiranya terdapat sebarang isu dengan produk.

SBZ Prima Sdn Bhd juga merancang untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan seperti ini di masa akan datang, termasuk memperluaskan program bantuan kepada rumah-rumah anak yatim serta memperkenalkan saluran “Sumbangan Bersama” bagi membolehkan lebih ramai pihak turut serta menyumbang.

Selain daripada inisiatif ini, syarikat juga sedang giat memperkukuhkan sistem ejen serta merancang perluasan pasaran ke Sabah, Sarawak dan kawasan luar bandar.
TudungSiComel turut dijangka melancarkan servis menjahit tudung untuk tadika dan sekolah swasta tahun ini, bagi memenuhi permintaan institusi pendidikan beruniform.

TudungSiComel mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong inisiatif ini dengan menyokong produk keluaran tempatan, sekali gus membantu memperkasa pendidikan dan kebajikan komuniti kita.

  • MADANI NEWS