Daichi Hayashi juarai Kejohanan US Kids Golf Malaysia

DAICHI Hayashi dari Jepun mengatasi penantian selama dua jam kerana tee off ditangguhkan kerana hujan, untuk meneruskan persembahan cemerlangnya bagi hari ketiga berturut-turut dalam perjalanan menjuarai Kejohanan US Kids Golf Malaysia dengan bergaya.
Pemain muda dari negeri matahari terbit, yang telah mengungguli pusingan pertama dengan 3-dibawah par 69 dan 5-dibawah par 67 dalam pusingan kedua, mengekalkan momentumnya untuk pulang dengan satu dibawah par 71 hari ini untuk merangkul gelaran kategori umur 15-18 dan gelaran keseluruhan (Gross) dengan jumlah pukulan 207.
“Hujan lebat sebelum tee off menjadikan padang sedikit lebih sukar untuk dimainkan tetapi saya mengekalkan fokus saya untuk memastikan saya tidak membuat kesilapan yang boleh menyukarkan skor yang baik,” kata pemain Jepun itu.
Tetapi sementara pemain pemain Malaysia lelaki terlepas gelaran utama, Yi Belle Ngo menyerikan suasana dikem negara menuntut gelaran kategori umur 15-18 perempuan dan gelaran juara keseluruhan (Gross) dengan jumlah tiga hari sebanyak 221.
Secara keseluruhannya, pemain Malaysia menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam kejohanan dengan memenangi tujuh daripada 13 gelaran kategori umur yang dipertaruhkan.
Kejohanan Golf Malaysia US Kids yang bermula dengan cemerlang di Glenmarie Golf and Country Club selama dua hari itu dicemari oleh hujan lebat pagi ini, sekali gus menangguhkan tee off selama lebih daripada dua jam.
Pengarah eksekutif SportExcel C. Sivanandan berkata walaupun hujan lebat, kejohanan itu selesai walaupun sedikit kelewatan.
“Kami bersyukur kerana kejohanan itu dapat diselesaikan dengan sempurna kerana sebarang pembatalan akan pasti mengecewakan para pemain golf muda yang telah menantikan kejohanan ini dengan penuh semangat,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah,” katanya.
Sivanandan menambah bahawa apabila junior bermain lebih baik dan menaikkan Status Keutamaan kepada 11 atau lebih tinggi, mereka akan mendapat jemputan untuk bermain dalam Kejohanan Dunia Golf US Kids terkenal di dunia (13-18 tahun) dan Kejohanan Dunia Golf US Kids (5-12 tahun) di Pinehurst, North Carolina, Amerika Syarikat.
Kejohanan Jelajah Tempatan dan Antarabangsa Malaysia dilaksanakan dengan tajaan daripada Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, pengedar dan peruncit kenderaan jenama Mazda baharu dan terpakai serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti di Malaysia serta sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Sebagai penyumbang utama tempatan, Mazda telah menyumbangkan RM100,000 untuk menganjurkan kejohanan itu dan sumbangan itu secara langsung memudahkan usaha Sportexcel untuk membantu pemain negara.
Tambah beliau, seramai 77 pemain golf junior yang terdiri daripada 50 peratus rakyat tempatan dan 50 peratus warga asing mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan untuk tahun ketiga itu.
Keputusan Keseluruhan:
Lelaki 7 & Kebawah (9 lubang)
- 133 – G. Vetrivel (MAS) 46-43-44
- 135 – Joshua Lin (SIN) 44-46-45
- 145 – Yao Eong Wong (MAS) 53-42-50
Lelaki 8 (9 lubang)
- 122 – Rayan Mohd Amri (MAS) 41-40-41
- 122 – Daniel Tan (MAS) 40-40-42
- 129 – Surya Bongu (KEN) 44-41-44
Lelaki 9
- 254 – Ruslaan Alam Khan (IND) 88-84-82
- 264 – Jake Will Eng (MAS) 87-93-82
- 269 – Ahmad Khalid Akhtar (MAS) 92-88-89
Lelaki 10
- 231 – Che Faidh Amsyar (MAS) 74-83-74
- 246 – Adam Ilman Mohd (MAS) 82-82-82
- 262 – Jerryl Yan Yu Chen (MAS) 82-95-85
Lelaki 11
- 238 – M Dzun Nun Noor Azmi (MAS) 80-83-75
- 242 – James Yan (MAS) 78-79-85
- 259 – Arrihan Rudra Anilarasu (MAS) 88-87-84
Lelaki 12
- 226 – Anthony Brayden Pung (TWN) 73-78-75
- 228 – Arrjun Rudra Aniarasu (MAS) 74-75-79
- 228 – Ziyan Cao (CHN) 79-73-76
Lelaki 13-14
- 218 – Alibek Inoyatov (UZB) 72-75-71
- 230 – Jinhyuk Bae (MAS) 84-69-77
- 230 – Isaac Chin (GBR) 80-72-78
Lelaki 15-18
- 207 – Daichi Hayashi (JPN) 69-67-71
- 224 – Sean Fickert (GER) 77-74-73
- 226 – Jaehoon Cheong (KOR) 76-76-74
Perempuan 8 & kebawah (9 lubang)
- 111 – Sophia Beh Ming Yuen (MAS) 38-37-36
- 113 – Hana Miura (JPN) 38-37-38
Perempuan 9-10
- 223 – Amira Ajda Khairunnisa (INA) 74-77-72
- 233 – Glory-Lily Hong (GER) 78-77-78
- 233 – Sunouchi Milly (JPN) 76-80-77
Perempuan 11-12
- 218 – Anushka Gupta (IND) 77-71-70
- 233 – Quinncie Choi (MAS) 76-79-78
- 265 – Raissa Ahmad Zuhaili (MAS) 86-86-93
Perempuan 13-14
- 229 – Jane Sim (MAS) 77-72-80
- 235 – Adrianna Prewa Sim (MAS) 80-77-78
- 238 – Chloe Lee (MAS) 84-79-75
Perempuan 15-18
231 – Ayesha Gupta (IND) 77-81-73
221 – Yi Belle Ngo (MAS) 77-74-70