artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Pelihara keharmonian dan perpaduan bagai menatang minyak yang penuh - Agong | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Pelihara keharmonian dan perpaduan bagai menatang minyak yang penuh – Agong

Pelihara keharmonian dan perpaduan bagai menatang minyak yang penuh – Agong

KEHARMONIAN dan perpaduan dalam kalangan semua lapisan rakyat adalah asas kenegaraan yang mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh, seterusnya dipupuk dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, dalam perutusan Aidilfitri malam tadi bertitah, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab untuk menjaga perpaduan berdasarkan lima prinsip Rukun Negara.

Baginda berdua bertitah, menjaga perpaduan bukan suatu usaha yang mempunyai tarikh tamat, sebaliknya proses berterusan dalam aspek mendidik memupuk dan menyemainya dalam kalangan rakyat.

“Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga perpaduan kita ini, berdasarkan lima Rukun Negara yang harus sentiasa terpahat dalam hati nurani setiap rakyat.

“Dalam memupuk kebersamaan dan perpaduan yang tulus ikhlas secara berhemah dan produktif, usaha yang kukuh juga mesti dilaksanakan untuk membanteras tanpa kompromi sebarang anasir yang membawa ancaman perpecahan.

“Harus difahami oleh semua juga, menjaga perpaduan ini bukan usaha yang mempunyai tarikh tamatnya. Ia adalah sesuatu yang mesti berterusan selamanya mendidik, memupuk dan menyemai dalam rakyat kita,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda berdua bertitah, perpaduan tidak patut sekadar di permukaan tetapi mesti lebih mendalam, terutama apabila wujud keperluan untuk menangani situasi yang mana sesetengah perasaan mungkin terguris akibat kejahilan, sama ada disengajakan atau tidak.

“Saya harap pesanan ini disambut dan diambil tindakan sebaiknya oleh kerajaan dan juga rakyat jelata kerana perpaduan adalah asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran kita semua.

“Saya dan isteri saya mendoakan semoga sekalian rakyat dan seluruh negara kita dilindungi daripada musibah, Insya-Allah,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, sambutan Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat Islam semua setelah mengawal hawa nafsu, menyucikan jiwa dan mengejar segala ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.

Baginda turut menghargai pengorbanan bagi mereka yang berkhidmat untuk negara, ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Kepada mereka yang gigih berkhidmat untuk negara pada hari mulia ini, jasa dan pengorbanan anda dihargai, semoga anda semua dikurniakan keberkatan dan terus ditiupkan semangat yang kental serta jitu.

“Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia Rasul dan para sahabat Baginda.

“Alhamdulillah, sekali lagi kita dikurniakan nikmat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, setelah sebulan berpuasa,” titah baginda. – MADANINEWS