artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Berangan tak salah… Amanah yakin menang berbelas kerusi di Kelantan pada PRU16, kata Mohamad Sabu | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Berangan tak salah… Amanah yakin menang berbelas kerusi di Kelantan pada PRU16, kata Mohamad Sabu

Berangan tak salah… Amanah yakin menang berbelas kerusi di Kelantan pada PRU16, kata Mohamad Sabu

PARTI Amanah Negara (Amanah) mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, berdasarkan sokongan rakyat terhadap parti itu yang dilihat semakin baik walaupun perlahan.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

“Memang kita tahu parti yang besar mewakili orang Melayu di Malaysia ini adalah UMNO serta PAS, dan nak muncul di tengah-tengah itu agak sukar.

“Namun jangan lupa (sewaktu) pilihan raya lepas Perikatan Nasional (PN) memerintah (Kerajaan Persekutuan), kempen berjalan begitu hebat. Kali ini mereka tidak memerintah. Sebab itu saya yakin undi orang ramai akan berubah pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2024 di Klang, lapor Bernama.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan terdiri daripada 45 kerusi dengan 42 disandang PAS, dua dimenangi Barisan Nasional (BN) iaitu Galas dan Nenggiri, manakala satu lagi dimiliki Amanah iaitu Kota Lama.

Dalam perkembangan lain, Mohamad ketika ditemui pemberita berkata Konvensyen Nasional Amanah tahun ini dijangka diadakan di Pulau Pinang pada November akan datang. – Madani News